Monday 12 December 2011

Pemandu cekap letak kereta di ruang sempit

NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Seorang pemandu yang menunjukkan kecekapannya meletak kereta di ruang sempit menjadi sensasi di laman perkongsian video YouTube, lapor akhbar MailOnline.

Lelaki tidak dikenali itu meletak kereta sedan miliknya di ruang sempit yang cuma muat untuk sebuah kereta bersaiz kompak.
Malah, dia berjaya keluar dari ruang parkir sama tanpa mencalarkan bampar kenderaan di hadapan dan belakangnya.

Menguap boleh berjangkit

LONDON: Tabiat menguap mempunyai kesan negatif kerana ia boleh berjangkit kepada orang lain, lapor satu kajian.

Hasil kajian itu yang disiarkan jurnal Public Library of Science, menyatakan menguap adalah ikatan empati yang terjadi dalam sesuatu kelompok sosial.

Kami berusaha memahami faktor paling penting yang mempengaruhi penularan menguap kepada manusia dengan mengumpulkan data selama setahun dari beberapa negara berlainan di dunia, kata ketua pengkaji di Universiti Pisa Itali, Prof Elisabetta Palagi.

Lelaki sembunyi 2 kilogram kokain dalam perut

SAO PAULO 11 Dis. - Seorang lelaki Britain ditahan kerana cuba menyeludup keluar kokain seberat dua kilogram yang disembunyikan di dalam perutnya dari Brazil.
Lelaki berusia 44 tahun itu ditahan di lapangan terbang Congonhas di Sao Paulo ketika dia cuba melakukan penerbangan ke Senegal.

Gambar x-ray terhadap lelaki itu menunjukkan 89 kapsul kokain dengan setiap satunya mempunyai berat 28 gram berada di dalam perut dan usus kecilnya.

Pelajar bakar diri meninggal dunia

JAKARTA 11 Dis. - Seorang mahasiswa universiti di Indonesia yang bertindak membakar dirinya sendiri dalam satu tunjuk perasaan di Istana Presiden di sini, meninggal dunia semalam.

Jurucakap polis, Kolonel Angesta Romano Yoyol hari ini berkata, pelajar undang-undang itu, Sondang Hutagalung, 22, bertindak membakar dirinya di hadapan Istana Presiden, Rabu lalu, kejadian pertama seumpamanya di negara ini.

Friday 21 October 2011

Jom Cuba Guna Penutup Periuk Jadi Antena TV

Telok Kemang – Penutup periuk digunakan oleh seorang warga emas untuk dijadikan antena televisyen di rumahnya dan ternyata ia dapat memberikan liputan siaran yang sangat jelas.

Warga emas berkenaan, V Mutumany, 62, berkata, dia pada awalnya hanya mencuba mengubah suai penutup periuk yang tidak digunakan lagi untuk dijadikan antena selepas antenanya patah akibat ditiup angin.

Thursday 20 October 2011

Gambar lambang/bendera Zionis Israel dalam PC anda

Salam,

Anda anti Zionis? Yakinkah anda?  Kalo saya katakan komputer anda tidak bebas dari Zionis? (windows). Anda percaya?

Mari kita buktikan. Sekarang buka Microsft Office Word. Pilih clipart, pada menu clipart, pilih “candles” (tanpa tanda pembuka kata) lalu pilih Go. Anda akan dapati muncul 2 gambar. Klik pada gambar lilin dengan warna biru. Lihat dengan teliti background gambar lilin tersebut. Ya! gambar bintang segi enam berwarna biru, nyata sekali lambang zionis

Thursday 15 September 2011

Bintang filem terpaksa kencing dalam botol

PARIS: Bintang filem Perancis, Gerard Depardieu berkata, dia tiada pilihan kecuali terpaksa membuang air kecil di dalam botol ketika berada dalam pesawat bulan lalu selepas kru kabin menghalangnya masuk ke tandas.

Dalam wawancara rancangan bual bicara, semalam bersama pengacara televisyen Amerika, Anderson Cooper - yang tidak dapat menahan gelak apabila insiden itu dilaporkan dalam siaran berita perdana CNN - bintang filem terkenal Perancis itu mengakui botol itu tidak cukup besar untuk menampung air kencingnya.


Polis temui berlian dalam perut pencuri

MARBELLA: Seorang pencuri di Sepanyol yang mencuri berlian milik seorang wanita Britain dan kemudian menelannya, ditangkap apabila polis menahannya di sekatan jalan raya dan memaksanya menjalani imbasan-X.

Kecurian berlaku apabila dua wanita memasuki sebuah restoran di Marbella, pusat peranginan mewah Sepanyol dan seorang daripada mereka meninggalkan beg tangan di lantai di sebelah kerusi.


Friday 9 September 2011

Pendapatan Facebook makin meningkat tahun ini

CALIFORNIA 8 Sept. – Pendapatan Facebook meningkat sekali ganda kepada AS$1.6 bilion (RM4.8 bilion) separuh pertama tahun ini berbanding 2010, sekali gus menunjukkan tarikannya kepada pengiklan ketika ia bersaing dengan Google Inc.

Menurut sumber yang enggan dikenali kerana Facebook tidak mendedahkan laporan pendapatannya, jumlah pendapatan bersih untuk separuh tahun pertama 2011 pula dilaporkan hampir mencecah AS$500 juta (RM1.5 bilion).


Wanita paling berat di dunia ingin kurus

CALIFORNIA 8 Sept. - Selepas mencapai berat badan 317.51 kilogram, seorang wanita berumur 47 tahun dari Sacramento di sini direkodkan dalam Guinness World of Records sebagai wanita paling berat di dunia.

Bagaimanapun, Pauline Potter kini berazam untuk mengurangkan berat badan supaya dapat menjalani kehidupan seperti orang lain selepas dia mengalami kesukaran untuk bergerak selain tidak boleh masuk ke keretanya.

Wanita itu menyalahkan cara dia dibesarkan sebagai punca kepada masalah berat badannya.


Sekitar Asia paling ramai jutawan

HONG KONG 8 Sept. – Rantau Asia dihuni oleh 1.2 juta individu berpendapatan bersih AS$1 juta (RM2.99 juta) atau lebih pada 2010 dan bilangan itu dijangka meningkat 140 peratus menjelang 2015.

Menurut laporan oleh broker dan kumpulan pelabur CLSA Asia-Pacific Markets yang dikeluarkan hari ini, kekayaan di rantau ini diramal meningkat dan Asia bakal memiliki 2.8 juta jutawan menjelang 2015.

Laporan yang turut meliputi China, Hong Kong, India, Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Korea Selatan, Taiwan dan Thailand itu bagaimanapun menyatakan, hanya 0.06 peratus orang dewasa Asia bergelar jutawan pada 2010.


Lelaki hidap HIV/AIDS fail saman diskriminasi

BEIJING 9 Sept - Seorang lelaki yang menghidap HIV/AIDS, memfailkan saman diskriminasi terhadap pihak berkuasa tempatan hari ini kerana enggan mengambilnya sebagai guru sekolah rendah.

Jika kesnya diterima oleh mahkamah, maka ia merupakan tuntutan kedua kes diskriminasi di negara China, di mana orang-orang yang dijangkiti HIV/AIDS sering didiskriminasikan walaupun sikap terbuka semakin meningkat.

Plaintif yang berusia 27 tahun itu dan dikenali sebagai Xiao Hai memaklumkan media AFP bahawa dia lulus dalam ujian dan temubual untuk pekerjaannya di barat daya wilayah Guizhou pada April lalu tetapi ditolak permohonan selepas menjalani pemeriksaan kesihatan.


Monday 29 August 2011

Bersuka ria di Hari Raya Berhatilah di Jalan Raya



Laluan Sakaratul Maut diperkenalkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan, iaitu laluan yang dikenalpasti berisiko tinggi kemalangan jalanraya di seluruh negara. Rondaan JPJ dilakukan samada secara berkala atau 24 jam di laluan-laluan tersebut, dan tumpuan diberikan terutama pada musim perayaan.

Tuesday 23 August 2011

Telur rebusan daripada air kencing

Wau, macam best je dengar tajuk posting kali ni kan...Merebus telur menggunakan air kencing kanak-kanak bawah 10 tahun.

Kenapa guna air kencing budak-budak bawah 10 tahun? Kami yang dewasa nih tak boleh ke? Hehe.. Di katakan kanak-kanak bawah 10 tahun air kencing mereka lebih bersih kerana belum kotor. Kalau macam korang yang dah besar nih, mesti la kotor segala mak nenek korang makan yer tak?

Lepas ni time kencuri kahwin korang, boleh la korang guna kaedah ini sebab pertama dapat jimat air. Kedua tak membazir air kencing budak-budak tu. Haha

Monday 22 August 2011

Pemandu Terburu-Buru, Leher Gadis Ini Disepit Pintu Bas

ANHUI – Seorang gadis mengalami nasib malang apabila kepalanya tersepit pada pintu bas ketika mahu turun di satu perhentian bas di bandar Maanshan, wilayah Anhui , China .

Wanita ini betul-betul malang gara-gara pemandu bas. Apa tidaknya…belum pun sempat gadis ini turun pemandu telah menutup pintu bas tersebut. Akibatnya kepala perempuan itu tersepit pintu, sementara badannya masih di dalam bas.

Namun nasibnya sedikit beruntung bila ada seorang penumpang yang menyedari hal itu dan meminta pemandu berhenti dan membuka pintu.


Saturday 30 July 2011

Mayat bayi dalam beg tangan

SEREMBAN 29 Julai - Entah ke mana perginya sifat kemanusiaan segelintir individu yang bertindak kejam membuang bayi tidak berdosa walaupun perbuatan seperti itu sering didedahkan oleh media.

Tetapi itulah yang masih berlaku apabila seorang penunggang motosikal menemui mayat seorang bayi lelaki dalam sebuah beg tangan wanita di Kilometer 282.4, Lebuh Raya Utara-Selatan arah Utara berhampiran susur masuk Nilai dekat sini petang ini.

Penunggang motosikal itu, Azmi Talib, 44, memberitahu, dia menemui beg tangan itu kira-kira pukul 2.30 petang ketika dalam perjalanan dari Muar, Johor menuju ke Kuala Lumpur.


Lagi tinggal bayi baru lahir

ALOR SETAR 29 Julai - Sepasang suami isteri yang ingin menjamu selera di sebuah kedai makan di Shahab Perdana di sini terkejut apabila seorang gadis meninggalkan bayi lelaki yang dipercayai baru lahir kepada mereka.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam tadi, Ahmad Zaidi Muin, dan isterinya, Marina Midon, masing-masing berusia 34 tahun didatangi seorang gadis meminta isterinya memegang sebentar seorang bayi yang berbungkus dengan tuala berwarna coklat dengan alasan untuk ke tandas.

"Ketika itu kami baru tiba dari Kuala Nerang untuk menjamu selera di kedai makan kegemaran kami dan boleh dikatakan tiap minggu kami akan ke sini.


Wednesday 13 July 2011

Kerana wanita, seorang lelaki maut ditikam


MERU – Gara-gara dendam dan berebutkan seorang wanita, seorang lelaki berusia 27 tahun terkorban akibat ditikam dengan pisau oleh seorang lelaki di dalam sebuah bengkel membaiki kenderaan, di Jalan Meru, di sini, semalam.

Mangsa yang ketika itu sedang berjalan seorang diri dikejutkan dengan kehadiran dua suspek. Dia segera berlari menyelamatkan diri sebaik menyedari kelibat suspek utama yang memegang pisau dengan masuk ke sebuah bengkel baiki kereta.


Tuesday 12 July 2011

Empat Lelaki Bermalam Bersama Mayat Rakan Serumah

KUALA TERENGGANU: Empat lelaki tidak menyedari bermalam selama dua hari bersama mayat teman serumah mereka yang ditemui mati di dalam bilik tidur di rumah mereka di Batas Baru, pada Isnin.

Mayat Ye Fook Choong, 49, yang berasal dari Segambut hanya ditemui rakan serumahnya apabila terhidu bau busuk dari bilik mangsa.

Ketika ditemui kira-kira 6 petang Isnin, mayat yang lengkap berpakaian itu ditemui dalam keadaan terbaring di atas lantai.


Wednesday 6 July 2011

Polis Malaysia nak kalahkan filem KL Gangster!!!

KL Gangster memerlukan lagi RM400 ribu dari Sabtu 2 Julai hingga Rabu 6 Julai untuk mencapat kutipan RM12 juta, kerana setakat hari ini, kutipan KL Gangster telah sah mencecah RM11.6 juta dengan jumlah 1.2juta orang yang menonton Filem KL Gangster di 81 pawagam seluruh negara.(Tidak termasuk kutipan di Brunei dan Singapura)

Polis Malaysia mesti iri hati punya. Pasal itu polis mesti buat lakonan.

Setelah Najib dimalukan semalam oleh Sultan Mizan. Sekarang mereka akan buat apa sahaja nak gagal BERSIH 2.0 dan kerajaan akan melembukan (ganti membodohkan) rakyat Malaysia.

Senjata menjelang Bersih ditemuiOleh AZIAN AZIZ
pengarang@utusan.com.my


SHAH ALAM 5 Julai - Polis menemui beberapa bukti berupa sejumlah senjata berbahaya yang dipercayai akan digunakan dengan niat untuk mencederakan orang ramai dan merosakkan harta benda awam semasa perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Sabtu ini.
Kesemua senjata terlibat iaitu 20 bilah parang, 36 botol molotov cocktail petrol, 17 pemetik api dan sejumlah bebola besi ditemui disorokkan di celah batu di belakang tokong Cina di Batu 14, Jalan Gombak Lama dekat sini pada pukul 7.20 petang semalam.


Tuesday 5 July 2011

Majlis Fatwa kebangsaan: BERSIH 2.0 tidak lagi HARAM?


Sebelum ini Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zabidi Wan Teh berkata menyertai perarakan menentang pemerintah adalah sebaris dengan dosa-dosa besar yang boleh menjejaskan iman.

Mufti ini merujuk kepada beberapa hadis, beliau menerangkan bahawa dosa akibat menderhaka kepada pemerintah diletakkan sebaris dengan syirik, membunuh, makan harta anak yatim, riba dan menderhaka kepada ibu bapa.

Kah kah kah nak pecah perut lihat muka Najib di TV hari ini


Hari ini aku menonton Berita Utama TV3. Aku tergelak sepanjang masa sehingga isteri aku kehairanan. Nak pecah perut aku melihat muka Najib yang 'sayol'

Syabas kepada BERSIH 2.0 anda memang bijak menangani masalah ini walaupun hari-hari anda diserang oleh media bodoh Malaysia.


Wednesday 22 June 2011

Budak baca ayat al-Quran elak dirogol

JEDDAH: Seorang mangsa perogol bersiri berkata beliau membaca ayat al-Quran untuk menghentikan penyerang mencabulnya, lapor akhbar al-Madinah kelmarin.

Akhbar Arabnews melaporkan kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun itu memberitahu akhbar itu yang beliau berjaya melindungi dirinya daripada serangan perogol itu dengan membaca lima surah kitab suci itu yang dipelajarinya secara bersungguh-sungguh.
“Setiap kali beliau menghampiri, saya mula membaca al-Quran dan penjahat itu melepaskan saya,” katanya.


Sunday 19 June 2011

UMNO/BN tak mahu BERSIH kerana UMNO/BN adalah...

..KOTOR  Kotor adalah Kelab nak Tololkan Rakyat. Kelab ini adalah kerja sama erat UMNO, BN, PERKASA, PEKIDA, FRU, POLIS dan SPR.

Terima kasih kepada yang membuat logo ini.

Thursday 16 June 2011

Ubah tabiat makan kerana kenaikan harga makanan

LONDON 15 Jun - Penduduk dunia mengubah tabiat makan mereka disebabkan kenaikan harga makanan, menurut satu tinjauan yang dijalankan oleh Oxfam.

Menurut tinjauan itu, sebanyak 53 peratus responden mengubah suai diet mereka dalam tempoh dua tahun lalu, dengan 39 peratus daripada mereka menyebut kenaikan harga makanan sebagai punca mereka menukar apa yang mereka makan.

Di Kenya, 76 peratus responden berkata, mereka mengubah diet dengan 79 peratus daripada mereka menyebut harga makanan sebagai punca, diikuti 69 peratus responden di Afrika Selatan menyatakan ia kerana perubahan dalam diet, menurut tinjauan badan kebajikan antarabangsa itu.


Wednesday 15 June 2011

Diusir keluar pesawat kerana cakap lucah

NEW YORK: Seorang penulis buku kanak-kanak diusir keluar dari pesawat kerana menggunakan perkataan lucah ketika merungut mengenai kelewatan penerbangan yang dinaikinya.


Macam mana kalau aksi lucah macam ini?
Robert Sayegh, 37, berkata syarikat penerbangan Atlantic Southeast Airlines bertindak melampau apabila memanggil polis untuk mengusir beliau keluar dari pesawat itu yang berada di lapangan terbang Detroit Metro petang Ahad lalu.


Mati dipukul ganggu isteri orang

Oleh RAFIDAH YA'AKOB
KINABATANGAN 14 Jun - Akibat mengganggu isteri orang, seorang lelaki warga asing maut dipukul dengan tukul besi di sebuah rumah kongsi di Kampung Pelangi di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Jaini Abul Kadir berkata, mayat mangsa ditemui ditanam berhampiran rumah kongsi berkenaan, kira-kira pukul 8 malam.

Anggota polis memeriksa mayat yang ditanam berhampiran rumah
kongsi di Kampung Pelangi, Kota Kinabatangan, semalam

"Berdasarkan laporan, suami wanita berkenaan yang baru pulang dari kerja terlihat isterinya sedang bergelut dengan mangsa di dalam rumahnya.


Tuesday 14 June 2011

Guna rahim ibu sendiri untuk cuba hamil

STOCKHOLM: Seorang guru muda biologi bakal menggunakan rahim ibu sendiri dalam usahanya mendapat zuriat, lapor media semalam.

Dilahirkan tanpa rahim secara semula jadi, jika pembedahan itu berjaya, bermakna Sara Ottosson, 25, akan hamil menggunakan rahim yang pernah mengandungkannya selama sembilan bulan satu ketika dulu.

Ibu Sara, Eva Ottosson, 56, bersetuju menjalani prosedur yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.


Seorang ibu diarak tanpa pakaian di sebuah kampung di Pakistan

Islam itu 'alami' tapi kadang kala Islam dipandang begitu sempit. Ini adalah antara umat Islam yang tak memahami Islam secara syumul.

ISLAMABAD: Seorang ibu terpaksa diarak secara berbogel di keliling sebuah kampung selepas anak lelakinya dituduh meniduri seorang jiran wanita yang kemudiannya mengandung, kata polis hari ini.

Pakistan adalah sebuah negara Islam konservatif, di mana wanita terutama di kawasan miskin dan pedalaman, menikmati hak dan perlindungan terhad daripada polis dan sering dilayan sebagai beban oleh saudara mara mereka.

Monday 13 June 2011

Dulu Kanak-Kanak Kini Warga Emas

Jam 3.30 petang tadi, saya terlihat warga emas, saya anggarkan berusia lebih 60 tahun. Dia bukan menjual barangan tetapi mengutip derma, menawarkan madu di dalam botol dengan harga RM10.


Berikut resit dihulurkan kepada penderma.

 


24 Perkara Mengapa Islam Kata Jangan

Sesungguhnya didalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita.

Terdapat 24 perkara-perkara yang jangan dilakukan yang seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri.

1- Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH S. W. T.

2- Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.

Blog Archive