Tuesday 5 July 2011

Kah kah kah nak pecah perut lihat muka Najib di TV hari ini


Hari ini aku menonton Berita Utama TV3. Aku tergelak sepanjang masa sehingga isteri aku kehairanan. Nak pecah perut aku melihat muka Najib yang 'sayol'

Syabas kepada BERSIH 2.0 anda memang bijak menangani masalah ini walaupun hari-hari anda diserang oleh media bodoh Malaysia.


Berita yang dirujuk adalah

Kerajaan Sedia Jumpa Penganjur Demonstrasi Jalanan: Najib

PUTRAJAYA, 5 Julai (Bernama) -- Kerajaan sedia menemui penganjur demonstrasi jalanan yang dicadangkan 9 Julai ini berhubung hasrat mereka mengadakan perhimpunan di stadium, asalkan mereka mematuhi syarat yang ditetapkan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata beliau difahamkan, pihak terbabit ingin mengadakan pertemuan dengan kerajaan bagi menimbang kemungkinan mengadakan perhimpunan itu di stadium.


"Kita sedia untuk berjumpa dengan pihak berkenaan supaya perhimpunan itu diadakan di stadium dengan syarat mereka akan pergi dengan aman, mengadakan perhimpunan dengan aman dan mereka akan balik dengan aman," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Majlis Tadbir Urus Agensi Inovasi Malaysia di pejabatnya di sini Selasa.

Penganjur demonstrasi jalanan 9 Julai ini kini mengubah rancangannya untuk mengadakan perhimpunan mereka di stadium selepas pengerusinya Datuk Ambiga Sreenevasan menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara hari ini.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment