Mempunyai sebuah kereta merupakan satu keperluan pada masa kini. Bagaimana jika kereta yang kita perlukan tersebut dicuri?
Negara Malaysia, sebuah negara yang aman dan harmoni namun kes kecurian kenderaan tetap menjadi satu gejala yang tidak dapat dinafikan amat kerap berlaku.
Sebanyak 19,304 kes kecurian kenderaan dilaporkan pada tahun 2016 berdasarkan kepada statistik yang dikeluarkan oleh Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM).
Walaupun jumlah kes turun 20% berbanding tahun 2015 ianya tetap menakutkan kerana ini bermakna setiap hari ada 52~53 kes kecurian kenderaan berlaku! Setiap jam pula 2 buah kenderaan dicuri! Setengah jam lagi setelah anda baca fakta ini, akan ada sebuah kenderaan akan dicuri… Mungkinkah kereta anda?
Berikut adalah senarai 10 buah model kereta yang paling digemari atau paling banyak dicuri oleh pencuri. Senarai ini adalah untuk tahun 2016 yang dikeluarkan oleh PIAM.
1. Proton Wira
2. Toyota Hilux
3. Perodua Kancil
4. Proton Iswara
5. Proton Waja
6. Perodua Myvi
7. Proton Saga
8. Nissan Vanette
9. Proton Satria
10. Toyota Vios
..x0x..
No comments:
Post a Comment