Sunday 17 February 2013

Jumpa Petai Gergasi


Satu papan petai mungkin cukup untuk membuat sambal petai untuk satu mangkok, Tapi kalau satu papan petai gergasi ini, mungkin boleh membuat sambal petai untuk menjamu satu kampung. Apa taknya . . . petai ini mempunyai ukuran tersangatlah besar, panjangnya hingga satu setengah meter dengan berat buah mencapai 4 kilogram. Jom kita lihat gambar-gambar dan video penemuan petai gergasi ini

Suami boleh mati pucuk jika isteri gaji besar

COPENHAGEN: Lelaki yang memiliki isteri berpendapatan lebih tinggi berkemungkinan besar mengambil Viagra dan ubat lain kerana kurang bertenaga di bilik tidur, lapor satu kajian.

Penyelidik kurang pasti mengapa perkara itu berlaku tetapi rasa hilang harga diri selain marah dan kecewa mungkin memainkan peranan.      
Kajian dilakukan di Denmark, lokasi penggambaran drama politik popular, Borgen, yang memaparkan bagaimana Perdana Menteri wanita bergelut dengan kesukaran mentadbir negara manakala suaminya mengu-ruskan rumah tangga dan anak-anak.