Friday, 27 June 2014

Banyak Sangat Tengok Bideo Hantu... tak pasal budak2 tahfiz ni jadi bunian


Budak tahfiz buat kem di puncak Gunung Jerai Kedah telah disalah ertikan oleh mereka yang terlalu terpengaruh dengan citer-citer hantu terutama yang suka sangat tengok citer hantu kak limah!!

Kesian budak-budak tu dah jadi hantu bunian!!

Ini cerita yang tersebar di media sosial bagi pengemar mencari publisiti blog atau facebook memuat naik tanpa membuat penelitian.

...............
BUNIAN SEDANG SOLAT BERJEMAAH 'TERTANGKAP' GAMBAR OLEH STAFF TELEKOM MALAYSIA


Sekeping gambar yang sedang tersebar di media-media sosial di dakwa memperlihatkan sekumpulan jemaah sedang menunaikan solat menjadi telah menjadi pertikaian.

Foto tersebut pada asalnya dimuatnaik bertujuan untuk memaklumkan berkenaan penampakan entiti a.k.a orang bunian yang sedang bersolat jemaah seperti mana yang dibulatkan.

Namun begitu, timbul pertikaian apabila beberapa pendapat menyatakan mengenai keistimewaan tempat tersebut hingga menimbulkan kekeliruan pengguna media sosial yang lain.



Foto yang dipercayai diambil oleh kakitangan TM sebaik sahaja selepas membuat pemeriksaan ke atas pencawang TM waktu petang di puncak Gunung Jerai Kedah pada hari Ahad baru-baru ini (22.06.2014) kini tersebar meluas di Facebook.-Bicara Perjuangan-

... pengajarannya jangan mudah percaya semak dulu sebelum sebar!!


..x0x..

2 comments:

  1. mcm2 hal la skang ni dengan media sosial ni

    ReplyDelete
  2. tu pelajar pondok gajak teriak mukim binjal asun jitra

    ReplyDelete