Tuesday, 10 June 2014
Ritual Bersih Kubur (Mayat Berjalan) masyarakat Toraja (bersama video)
Ritual bersih kubur atau dalam bahasa setempat disebut ma’nenek memang masih dijalankan oleh sebagian kecil masyarakat Toraja di daerah tertentu.
Mayat berjalan, dahulu kala memang pernah ada dan dilakukan oleh mereka yang menganut kepercayaan aluk todolo di daerah Mamasa, sebuah wilayah yang berbatasan dengan Toraja.
Bagaimana ritual Ma`nene dijalankan ialah mereka membuka kubur lama (mati setahun lalu misalnya dalam konsep bersih kubur). Mereka berpengangan tangan sambil Ma`badong iaitu sebuah gerak dan lagu yang melambangkan ratapan kesedihan mengenang jasa mendiang yang telah mati sekaligus memberi semangat pada keluarga simati.
Masyarakat Toraja percaya ada kehidupan selepas mati ini bermati mati bukannya berahir sebuah kehidupan.
Karena itu, menyadi kewajiban ini, bagi setiap keluarga untuk mengenang dan merawat jasad miski sudah meninggal dunia beberapa tahun lalu. Dalam ritual ini, jasad orang mati dikeluarkan kembali dari tempatnya. Kemudian, mayat tersebut dibungkus dengan pakaian baru oleh keluarga masing-masing.
Perlakuan itu diyakini atas rasa hormat mereka kepada simati semasa hidup. Mereka yakin arwah simati masih ada untuk memberi kebaikan.
Bukan sahaja pakaian diganti baru, malah sehingga rambut juga disikat.
Selepas acara ritual ini, mayat akan disimpan semula ke dalam peti.
Satu persoalan timbul bagaimana mayat tidak mudah rosak? Ada kemungkinan mereka menggunakan semacam "zat digua" itu yang kasiatnya untuk mengawetkan mayat manusia. Ada cadangan untuk ahli geologi atau kimia membuat penyelidikan gua tempat mayat ini disimpan untuk mengetahui rashia jasad tidak mudah reput.
Mengenai cerita bagaimana mayat berjalan dan pulang ke rumah pula mengikut cerita, zaman dulu masyarakat Teroja suka berjalan jauh untuk mencari pendapatan menggunakan kenderaan kaldai dan sebagainya dalam rombongan. Manakala ada yang meninggal di perjalanan.
Oleh kerana mayat ini mengkin mengganggu orang lain dari segi baunya maka ada yang menggunakan ilmu ghaib (hipnotisme) untuk menghantar mayat ini pulang ke rumah. Ini timbul mayat berjalan.
..x0x..
Labels:
Ragam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment