Wednesday 21 March 2012

Lelaki potong payu dara isteri ditahan

SEOUL: Seorang lelaki ditahan kerana bertindak memotong dan menelan puting payu dara isterinya selepas wanita berkenaan menuntut cerai, kata polis semalam.

Akhbar Korean Times melaporkan warga Korea berketurunan Cina itu menelan sebahagian puting payu dara sebelah kiri isterinya selepas memotongnya menggunakan pisau ketika bergelut dengannya di rumah mereka di Andong, wilayah Gyeongsang utara.


Wednesday 7 March 2012

Samy Vellu ahli politik sepanjang zaman?

Samy Vellu akhirnya dan rasminya meletakkan jawatan presiden MIC yang paling lama dipegang sepanjang hayatnya, iaitu hampir 31 tahun. Banyak cerita mengenai si Samy ini.Ramai orang akan merindui 'kelancangan mulutnya' terutamanya kenyataan-kenyataan lawaknya yang dibuat sepanjang tahun.

“Kita akan rindu pada Samy Vellu kerana beliau menambah banyak warna, kadang-kadang terlalu banyak warna”. Oleh itu, sebagai penghargaan, saya hanya ingin berkongsi kenyataan kenyataan terkenal yang hanya dibuat oleh hanya seorang, Samy Vellu.