Friday 9 September 2011

Sekitar Asia paling ramai jutawan

HONG KONG 8 Sept. – Rantau Asia dihuni oleh 1.2 juta individu berpendapatan bersih AS$1 juta (RM2.99 juta) atau lebih pada 2010 dan bilangan itu dijangka meningkat 140 peratus menjelang 2015.

Menurut laporan oleh broker dan kumpulan pelabur CLSA Asia-Pacific Markets yang dikeluarkan hari ini, kekayaan di rantau ini diramal meningkat dan Asia bakal memiliki 2.8 juta jutawan menjelang 2015.

Laporan yang turut meliputi China, Hong Kong, India, Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Korea Selatan, Taiwan dan Thailand itu bagaimanapun menyatakan, hanya 0.06 peratus orang dewasa Asia bergelar jutawan pada 2010.


Bagaimanapun, di Singapura dan Hong Kong, golongan kaya yang memiliki aset AS$1 juta (RM2.99 juta) atau lebih, tidak termasuk rumah pertama, menyumbang sebanyak 1.5 peratus kepada jumlah golongan dewasa di dua negara itu.

Laporan itu menjelaskan, China bakal memperlihatkan peningkatan kekayaan terbesar di rantau ini dengan pertambahan 60 peratus dalam kekayaan individu antara 2010 dan 2015.

Satu lagi faktor yang merangsang peningkatan kekayaan penduduk Asia ialah peningkatan nilai mata wang Asia sebanyak empat peratus berbanding dolar Amerika Syarikat.

Penulis laporan itu, Amar Gill berkata, daya mewujudkan kekayaan adalah sangat menggalakkan bagi Asia untuk tempoh beberapa tahun akan datang.

“Ekonomi rantau ini meningkat lebih pantas berbanding rantau lain. Nisbah simpanan adalah tinggi dan peningkatan nilai mata wang Asia menjadi penyumbang terbesar kepada kekayaan,” katanya. – dpa

PenjualCendol - Adakah faktor korapsi dan kroni juga besar di negara-negara Asia patut juga diambil perhatian.

No comments:

Post a Comment