Tuesday 14 June 2011

Seorang ibu diarak tanpa pakaian di sebuah kampung di Pakistan

Islam itu 'alami' tapi kadang kala Islam dipandang begitu sempit. Ini adalah antara umat Islam yang tak memahami Islam secara syumul.

ISLAMABAD: Seorang ibu terpaksa diarak secara berbogel di keliling sebuah kampung selepas anak lelakinya dituduh meniduri seorang jiran wanita yang kemudiannya mengandung, kata polis hari ini.

Pakistan adalah sebuah negara Islam konservatif, di mana wanita terutama di kawasan miskin dan pedalaman, menikmati hak dan perlindungan terhad daripada polis dan sering dilayan sebagai beban oleh saudara mara mereka.

Kejadian berlaku selepas seorang jiran, Mohammad Salman mensyaki bahawa anak lelaki wanita berkenaan tidur bersama isterinya di Kampung Neelor Bala, kira-kira 100 kilometer utara Islamabad, kata pegawai polis, Akhtar Nawaz. - AFP

No comments:

Post a Comment