Wednesday 15 June 2011

Diusir keluar pesawat kerana cakap lucah

NEW YORK: Seorang penulis buku kanak-kanak diusir keluar dari pesawat kerana menggunakan perkataan lucah ketika merungut mengenai kelewatan penerbangan yang dinaikinya.


Macam mana kalau aksi lucah macam ini?
Robert Sayegh, 37, berkata syarikat penerbangan Atlantic Southeast Airlines bertindak melampau apabila memanggil polis untuk mengusir beliau keluar dari pesawat itu yang berada di lapangan terbang Detroit Metro petang Ahad lalu.


“Perkataan F yang saya gunakan itu tidaklah baik digunakan tetapi saya hanya menggunakannya untuk melepaskan geram dan tidak ditujukan kepada sesiapa,” katanya semalam.

“Saya tidak rasa saya menengking ketika itu.”

Sayegh yang juga seorang penerbit rancangan televisyen berkata beliau sedang dalam perjalanan untuk menghadiri majlis perkahwinan saudaranya di Kansas City, Missouri. – Reuters

Di Malaysia aksi lucah bagaimana pun tak kisah, sebab negara ini mengamalkan budaya lucah. Malah TB Malaysia mudah sahaja menyiarkan aksi lucah untuk tontonan ramai.

No comments:

Post a Comment