KL Gangster memerlukan lagi
RM400 ribu dari Sabtu 2 Julai hingga Rabu 6 Julai untuk mencapat kutipan
RM12 juta, kerana setakat hari ini, kutipan KL Gangster telah sah mencecah
RM11.6 juta dengan jumlah 1.2juta orang yang menonton Filem KL Gangster di 81 pawagam seluruh negara.(Tidak termasuk kutipan di Brunei dan Singapura)
Polis Malaysia mesti iri hati punya. Pasal itu polis mesti buat lakonan.
Setelah Najib dimalukan semalam oleh Sultan Mizan. Sekarang mereka akan buat apa sahaja nak gagal BERSIH 2.0 dan kerajaan akan melembukan (ganti membodohkan) rakyat Malaysia.
Senjata menjelang Bersih ditemuiOleh AZIAN AZIZ
pengarang@utusan.com.my
SHAH ALAM 5 Julai - Polis menemui beberapa bukti berupa sejumlah senjata berbahaya yang dipercayai akan digunakan dengan niat untuk mencederakan orang ramai dan merosakkan harta benda awam semasa perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Sabtu ini. Kesemua senjata terlibat iaitu 20 bilah parang, 36 botol molotov cocktail petrol, 17 pemetik api dan sejumlah bebola besi ditemui disorokkan di celah batu di belakang tokong Cina di Batu 14, Jalan Gombak Lama dekat sini pada pukul 7.20 petang semalam.