China – Seorang kanak-kanak di Wilayah Guizhou mengalami penderitaan yang teruk selepas didera oleh bapanya termasuk dibiarkan kelaparan dan dijahit mulut dengan tali pancing.
Perbuatan tersebut terbongkar selepas penduduk menemui Xiao Li, 11, merayau-rayau di jalan.
Ketika ditemui, Xiao Li bercakap seorang diri dan takut apabila orang ramai ingin mendekatinya.
Mereka kemudiannya melaporkan kepada polis dan bapanya akhirnya ditangkap.
Dia mengaku melakukan penderaan tersebut yang mengejutkan penduduk di perkampungan berkenaan.
Ketika diperiksa oleh doktor, Xiao Li telah memaklumkan kepada doktor mengenai penderitaan yang dialaminya.
Selain dijahit mulut, dia juga dipaksa melutut di atas lantai yang dipenuhi dengan gelas yang pecah dan turut digantung dengan kaki ke atas, sebelum dipukul dengan tali dan rotan.
Bahagian badannya pula dipenuhi dengan parut kesan melecur serta bekas suntikan jarum di samping mengalami kekurangan zat.
Xiao Li pernah beberapa kali melarikan diri ke rumah neneknya namun dia akan dipukul sebaik sahaja bapanya menangkap dia.
Dalam pada itu, ketua polis daerah, Fang Xuping, berkata, dia dan anggotanya berasa curiga selepas mendapat laporan daripada penduduk pada bulan Oktober lalu.
“Kami kemudiannya telah pergi ke rumah budak itu dan mendapati kulit kepalanya kemerah-merahan, manakala sebahagian rambutnya dicabut. Namun kecederaan itu tidak serius,’’katanya.
Beliau memberitahu, polis kemudiannya telah menyoal bapa budak tersebut, yang mempunyai empat anak yang lain.
“Bapanya juga mengaku menggunakan air panas untuk merawat kutu di kepala anaknya itu,’’ katanya.
Xiao Li kini dirawat di hospital dan kos perubatannya ditanggung oleh pihak berkuasa tempatan.
Selain itu pihak berkuasa juga sedang mencari seorang penjaga untuk Xiao Li memandangkan neneknya telah uzur.
Susulan kes penderaan ini, kerajaan akan menjalankan pemeriksaan ke atas kanak-kanak di kawasan berkenaan bagi mengelakkan insiden sama berulang.

No comments:
Post a Comment