Tuesday 23 August 2011

Telur rebusan daripada air kencing

Wau, macam best je dengar tajuk posting kali ni kan...Merebus telur menggunakan air kencing kanak-kanak bawah 10 tahun.

Kenapa guna air kencing budak-budak bawah 10 tahun? Kami yang dewasa nih tak boleh ke? Hehe.. Di katakan kanak-kanak bawah 10 tahun air kencing mereka lebih bersih kerana belum kotor. Kalau macam korang yang dah besar nih, mesti la kotor segala mak nenek korang makan yer tak?

Lepas ni time kencuri kahwin korang, boleh la korang guna kaedah ini sebab pertama dapat jimat air. Kedua tak membazir air kencing budak-budak tu. Haha




Yum..Yum.....

Pernah dengar tentang Virgin Eggs? Kalau nak tahu, ianya merupakan telur rebus yang dimasak menggunakan air kencing, dan kononnya mempunyai pelbagai khasiat!
Namun, bukan sebarang air kencing yang digunakan tau, mesti air kencing kanak-kanak lelaki yang belum baligh!

‘Makanan unik’ ini kononnya adalah makanan tradisi turun-temurun masyarakat di pekan Dongyang, China. Ianya dikatakan sudah mula dihasilkan di pekan tersebut sejak tahu 1800-an lagi. Malah, telah diiktiraf sebagai warisan rasmi pekan itu.


telur rebus air kencing 1 Telur rebus air kencing (Virgin Eggs)

Beberapa komen yang diberikan terhadap telur itu adalah, walaupun ianya mempunyai bau yang busuk (memangla, nama pun air kencing), tapi ianya mempunyai rasa enak. Sehinggakan ada yang mampu jadi ketagih dengan telur ini. Amboi, sedap sangat tu.

telur rebus air kencing 2 Telur rebus air kencing (Virgin Eggs)
Pemakan telur rebus kencing ni juga mendakwa pemakanan telur ini mempunyai pelbagai khasiat kesihatan. Katanya, ianya baik untuk pengaliran darah, dan juga mengurangkan suhu badan pada ketika cuaca panas.

Betul ke? Macam tak logik langsung. Langsung tak ada penjelasan saintifik ni.

telur rebus air kencing 3 Telur rebus air kencing (Virgin Eggs)

Yang lagi menarik, macam mana mereka kumpulkan air kencing budak-budak lelaki ni? Tengok gambar dibawah, ianya dikumpulkan di sekolah-sekolah! Sekolah apa yang benarkan budak-budak kencing depan kelas dalam baldi macam tu ya?

telur rebus air kencing 4 Telur rebus air kencing (Virgin Eggs)

Macam-macam betul. Elok la sangat tu didik anak-anak kencing tepi jalan je.
Harap-harap telur ini tak dihasilkan di Malaysia, dah tentu-tentu haram. Bukan ke NAJIS tu?

telur rebus air kencing 5 Telur rebus air kencing (Virgin Eggs)

Hebat China, negara anda mempunyai keunikan terlampau dalam penyediaan makanan. Tapi pelik, kalau tengok telur ayam mereka, amboi bukan main besar lagi! Telur ayam palsu?

 Sumber 1. klik  2 klik

2 comments: