Monday, 22 August 2016

PM Australia beri sedekah cetus kontroversi



SYDNEY - AUSTRALIA. Perdana Menteri Australia, Malcolm Turnbull terpaksa mempertahankan diri gara-gara memberi sedekah sebanyak  AS$5 (RM15.30) kepada seorang pengemis di tepi jalan di Melbourne, kerana disifatkan memberi galakan kepada pertambahan golongan gelandangan.

Memetik laporan Xinhua melaporkan tindakan itu, juga dipandang serong kerana nilai yang diberi terlalu sedikit untuk disumbangkan oleh seorang perdana menteri.

"Turnbull bersikap terlalu kedekut," ujar salah seorang pengkritik tersebut.

Dalam pada itu ada juga segelintir yang memuji kemurahan hati Turnbull.

Dalam responnya, Turnbull berkata tindakannya itu adalah reaksi spontan mengikut naluri kemanusian serta tidak berniat menggalakkan pertambahan gelandangan di negara berkenaan.

"Saya tahu setiap orang mempunyai pandangan berbeza terhadap situasi ini. Namun setiap kali saya lihat orang miskin, saya berfikir berapa beruntungnya saya.

"Itu adalah reaksi biasa dan saya minta maaf jika telah mengecewakan hati ramai orang, mungkin mereka beranggapan anda tidak patut memberikan wang kepada golongan yang duduk di tepi jalan atau kaki lima," lapor akhbar tempatan Fairfaq media yang memetik kenyataan Turnbull.

Sebelum ini Datuk Bandar Melbourne, Robert Doyle menyuarakan kebimbangan terhadap golongan gelandangan, dia juga melarang kepada orang ramai untuk memberi sedekah kepada golongan itu bagi mengurangkan bilangan mereka di bandar raya itu.



..x0x..

1 comment:

  1. Assalamualaikum wr.wb mohon maaf kepada teman teman jika postingan saya mengganggu anda namun apa yang saya tulis ini adalah kisah nyata dari saya dan kini saya sangat berterimah kasih banyak kepada Mbah Rawa Gumpala atas bantuan pesugihan putihnya tampa tumbal yang sebesar 15m kini kehidupa saya bersama keluarga sudah sangat jauh lebih baik dari sebelumnya,,saya sekaran bisa menjalanka usaha saya lagi seperti dahulu dan mudah mudahan usaha saya ini bisa sukses kembali dan bermanfaat juga bagi orang lain,,ini semua berkat bantuan Mbah Rawa Gumpala dan ucapa beliau tidak bisa diragukan lagi,bagi teman teman yang ingin dibantuh seperti saya dengan pesugihan putih bisa anda hubungi di no 085 316 106 111 jangan anda ragu untuk menghubuni beliau karna saya sud ah membuktikannya sendiri,karna Mbah tidak sama seperti dukun yang lain yang menghabiskan uang saja dan tidak ada bukti sedankan kalau beliau semuanya terbukti nyata dan sangat dipercay,,ini unkapan kisah nyata dari saya pak Rudi di semarang.Untuk lebih lenkapnya silahkan buka blok Mbah di ๐ŸฃPESUGIHAN PUTIH TANPA TUMBAL๐Ÿฃ

    ReplyDelete