Monday 19 May 2014

Anjing Paling Mahal Di Dunia Berharga RM6.5 Juta


Berapa agaknya harga bagi anak anjing ini? Jangan terkejut, kerana harganya mencecah jutaan ringgit, lebih mahal daripada harga sebuah rumah.

Anjing itu dijual pada harga RM6.5 juta kepada seorang pemaju perumahan.

Ia menjadikan anak anjing itu sebagai anjing paling mahal yang pernah dijual di dunia.

Rekod sebelum ini dipegang oleh seekor anjing yang juga dari China, yang dijual pada harga RM5.2 juta.

Anjing jenis ini menjadi lambang kemewahan bagi orang kaya di China, justeru ia perlu dimiliki.

Bukan sahaja dianggap sebagai membawa tuah, malah kesihatan dan keselamatan pemiliknya terpelihara.

Pembeli anjing itu berusia 56 tahun dan berasal dari Qingdao. Dia membeli anjing itu dengan tujuan untuk membiakkannya.

..x0x..

1 comment:

Blog Archive