Monday, 4 March 2013

Kampung paling sejuk di dunia


OYMYAKON, Rusia - Sebuah kawasan perkampungan terpencil di Rusia yang merupakan kawasan penempatan manusia paling sejuk di dunia itu kini semakin sejuk dengan suhu mencecah -71 ° Celsius (C), lapor akhbar Daily Mail kelmarin.

Keadaan cuaca sejuk ekstrem itu menyebabkan pesawat tidak dapat mendarat di kawasan tersebut pada musim sejuk.




Perkampungan Oymyakon yang terletak di timur laut Rusia itu juga dikenali sebagai Kutub Beku dengan suhu purata sepanjang Januari lalu berada pada takat - 50°C.

Sebelum ini, pada tahun 1924, perkampungan tersebut pernah mencatat rekod suhu mencecah -71.2°C.



Tidak banyak hidupan terdapat di situ. Selain beberapa spesies ikan air sejuk, penduduknya banyak bergantung kepada makanan daripada daging rusa kutub dan daging kuda sebagai sumber makanan.



Namun, mereka tidak pernah menderita kekurangan nutrien.

Penduduk tempatan juga terpaksa menghidupkan enjin kenderaan mereka sepanjang hari kerana bimbang enjin itu rosak kerana membeku dan tidak boleh dihidupkan lagi. - Agensi

3 comments:

  1. uish, sejuk betul kt sini yer

    ReplyDelete
  2. sejuk sangat pun tak best kan. macam-macam benda tak dapat nak buat

    ReplyDelete
  3. musim sejuk kat tehran 3 bulan jer sy dah rasa azabnya bila nak gi keje....

    ReplyDelete

Boloq Woq (SeweL)

Popular Posts