PERNAH
dipanggil pengganas kerana bertudung ketika mula-mula memandu bas awam
di Bandaraya Perth, Australia sedikit pun tidak melunturkan semangat
muslimah pertama sebagai pemandu bas di bandar raya itu, Saripah Rusinah
Syed Othman, 55.
Mengimbau kenangan pahit pada awal kerjayanya sebagai pemandu bas
lima tahun lalu, wanita rakyat Malaysia yang kini menjawat jawatan
Penyelia Stesen Bas Swan Transit Bus di Perth, bernasib baik kerana
ketika itu, penyelianya membantu menjelaskan kedudukannya kepada
penumpang berkenaan.