Tuesday, 29 April 2014
Lahir Bersama Dengan Al Quran Di Tangan (Bersama Video)
Sekarang isu hudud. Hudud itu adalah hukum yang diturun melalui al Quran. Kita ambil kisah tentang keajaiban Al Quran yang berlaku pada 7 Mei 2012, dimana seorang bayi dilahirkan dengan tangannya menggenggam Al-Quran kecil.
Keajaiban ini telah menyebabkan ibunya dan abangnya memeluk agama Islam pada tanggal 13 Mei 2012. Peristiwa menakjubkan ini telah disaksikan sendiri oleh ulamak terkenal Nigeria Sheikh Abd Rahman Olanrewaju dan beliau sendiri menamakan bayi tersebut dengan nama Abdul Wahab Iyanda.
Saturday, 26 April 2014
Anak penerbit filem anti-Islam FITNA masuk Islam
Sebelumnya, ayah lelaki ini dikenali sebagai seorang penerbit filem anti-Islam, "Fitna" memeluk Islam tahun lalu. Kini beliau pula mendapat hidayah mengikuti jejak langkah ayahnya baru-baru ini.
The Khaleej Times melaporkan pada Isnin (21 April) bahawa Iskandar Van Doorn telah bersyahadah bersama 37 orang lainnya di Dubai International Peace Convention.
Friday, 25 April 2014
Lelaki Muslim Beri Kasut, Balik Berkaki Ayam
GAMBAR seorang lelaki Muslim di Toronto, Kanada yang sanggup balik berkaki ayam selepas memberi stokin dan kasutnya kepada seorang penumpang bas menjadi viral di laman sosial dan menyentuh hati ramai pihak.
Lelaki itu bertindak demikian selepas melihat penumpang tersebut hanya menyarungkan jaring plastik bagi membalut kakinya yang tidak berkasut.
Thursday, 24 April 2014
Kejam! Kanak-Kanak Dibuang Organ Dalaman & Digantikan Dengan Kokain
Seringkali kita diingatkan agar tidak melepaskan anak tanpa pengawasan dengan sewenang-wenangnya terutama apabila kita berada di kompleks membeli belah. Ini kerana, sudah banyak kes culik yang melibatkan kanak-kanak terjadi di dalam mahupun di luar negara.
Akan tetapi, masyarakat kita seperti tidak peduli dengan semua itu. Masih juga sesetengah ibu bapa yang membiarkan anak mereka ke sana sini tanpa hiraukan keselamatan mereka. Apakah masyarakat kita bakal mencontohi masyarakat China yang terkenal dengan sikap tidak peduli dengan kejadian jenayah di sekeliling mereka?
Wednesday, 23 April 2014
Misteri Kehilangan Ustazah Sebulan lalu Terjawab
Misteri kehilangan seorang bekas guru Kelas Fardu Ain (Kafa) bulan lalu terungkai apabila penemuan rangka tulang di batas sawah padi di Kampung Cherang Hangus, di sini, disahkan sebagai wanita terbabit.
Rangka mayat Norhayati Mat Ripin,38, ditemui seorang pemandu mesin padi yang baru sahaja memulakan tugas memesin padi kira- kira jam 12 tengah hari semalam.
Tuesday, 22 April 2014
Budak 12 Tahun Terlekat Ikan Puyu Hidup
LUBOK ANTU: Gara-gara mahu mematikan seekor ikan puyu yang dipancing dengan cara menggigitnya, seorang kanak-kanak terpaksa menanggung kesakitan kira-kira 10 jam apabila tercekik ikan berkenaan dalam kejadian di anak sungai berhampiran Rumah Panjang Endawie Nangka Jela Engkari, di sini, kelmarin.
Philip anak Muan, berusia 12 tahun, terpaksa menahan kesakitan itu sebelum ikan bersaiz kira-kira tiga sentimeter lebar itu dikeluarkan sepenuhnya oleh doktor selepas dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) terletak lebih 200 kilometer dari rumahnya.
Philip anak Muan, berusia 12 tahun, terpaksa menahan kesakitan itu sebelum ikan bersaiz kira-kira tiga sentimeter lebar itu dikeluarkan sepenuhnya oleh doktor selepas dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) terletak lebih 200 kilometer dari rumahnya.
Murid tahun empat tercucuk besi di pipi
KOTA KINABALU - Seorang murid lelaki tahun empat cedera apabila pipi
kanannya ditembusi sebatang besi sedalam lima inci ketika sedang bermain
di luar pekarangan sebuah sekolah di sini.
Difahamkan ketika kejadian, mangsa yang menunggu bas di kawasan parkir selepas tamat waktu persekolahan, terpijak besi penghadang longkang sepanjang semeter yang tercabut mengakibatkan murid berkenaan mengimbangi badan dan terjatuh.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Mohd Affendi K. Ramin berkata pihaknya menerima laporan pada 12.51 tengah hari dan lapan anggota Balai Bomba Kota Kinabalu dikerah ke tempat kejadian.
Difahamkan ketika kejadian, mangsa yang menunggu bas di kawasan parkir selepas tamat waktu persekolahan, terpijak besi penghadang longkang sepanjang semeter yang tercabut mengakibatkan murid berkenaan mengimbangi badan dan terjatuh.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Mohd Affendi K. Ramin berkata pihaknya menerima laporan pada 12.51 tengah hari dan lapan anggota Balai Bomba Kota Kinabalu dikerah ke tempat kejadian.
Monday, 21 April 2014
Lelaki 'bertanduk' di leher
BEIJING: Seorang lelaki di wilayah Hubei begitu terdesak untuk
mengetahui punca ‘tanduk’ yang tumbuh di lehernya sejak 30 tahun lalu.
Lelaki berusia 62 tahun itu, Li Zhibing dari Shiyan berkata, dia
terpaksa menggergaji tanduk berkenaan dua kali setahun bagi mengelaknya
panjang.
Menurutnya, lehernya akan bengkak dan dia demam jika tanduk itu panjang.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Blog Archive
-
▼
2014
(40)
-
▼
April
(8)
- Lahir Bersama Dengan Al Quran Di Tangan (Bersama V...
- Anak penerbit filem anti-Islam FITNA masuk Islam
- Lelaki Muslim Beri Kasut, Balik Berkaki Ayam
- Kejam! Kanak-Kanak Dibuang Organ Dalaman & Diganti...
- Misteri Kehilangan Ustazah Sebulan lalu Terjawab
- Budak 12 Tahun Terlekat Ikan Puyu Hidup
- Murid tahun empat tercucuk besi di pipi
- Lelaki 'bertanduk' di leher
-
▼
April
(8)