Monday, 20 August 2012
Fakta besar tentang Ka'bah yang cuba disembunyikan dunia
Ternyata Bukan GMT Bukan Di Greenwich, Tapi Di Kaabah (Bukti Fakta Ilmiah)
Kaabah, rumah Allah sejuta umat muslim merindukan berkunjung dan menjadi tetamu - tetamu Allah sang maha pencipta. Kiblatnya (arah) umat muslim dalam melaksanakan solat, dari mana-mana negara semua ibadah solat menghadap ke kiblat ini.
Istilah Ka'bah adalah bahasa al quran dari kata "ka'bu" yg bererti "mata kaki" atau tempat kaki berputar bergerak untuk melangkah. Ayat 5/6 dalam Al-quran menjelaskan istilah itu dg "Ka'bain" yg bererti 'dua mata kaki' dan ayat 5/95-96 mengandungi istilah 'ka'bah' yang ertinya nyata "mata bumi" atau "sumbu bumi" atau kutub pusingan utara bumi.
Wednesday, 8 August 2012
Pengacau Olimpik kena tampar oleh Atlit Judo
LONDON - Pengacau yang membaling botol ke dalam trek olahraga ketika menyaksikan perlumbaan akhir 100 meter lelaki Sukan Olimpik kelmarin, sempat ditampar sekali sebelum diberkas polis.
Bukan sesuatu yang bijak apabila perbuatan penonton berkenaan dilakukan di sebelah Edith Bosch, atlet judo wanita dari Belanda yang baru memenangi pingat gangsa di Temasya London. Bosch menampar lelaki tersebut sebelum dia dibawa keluar oleh Polis Metropolitan dari Stadium Olimpik.
Tuesday, 7 August 2012
Kanak-kanak perempuan maut ditindih dalam upacara pemujaan
BUKIT MERTAJAM - Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mati apabila lapan ahli keluarganya termasuk pembantu rumah warga Indonesia menjalankan upacara pemujaan dengan menindih tubuhnya di Bukit Minyak di sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), ACP Azman Abd Lah berkata kejadian pukul 10 malam itu disedari bapa saudara mangsa yang secara kebetulan berkunjung ke rumah itu.
"Saksi yang curiga melihat pintu utama rumah tidak berkunci segera naik ke tingkat atas rumah yang menempatkan bilik tidur utama.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), ACP Azman Abd Lah berkata kejadian pukul 10 malam itu disedari bapa saudara mangsa yang secara kebetulan berkunjung ke rumah itu.
"Saksi yang curiga melihat pintu utama rumah tidak berkunci segera naik ke tingkat atas rumah yang menempatkan bilik tidur utama.
Subscribe to:
Posts (Atom)