Showing posts with label Akhlak. Show all posts
Showing posts with label Akhlak. Show all posts

Sunday, 4 May 2014

Kisah Tukang Gunting & Orang Gila Rambut Panjang


Seorang pemuda yang beriman telah pergi melancong ke Russia. Di sana ramai penduduknya terdiri daripada orang yang tidak beragama. Mereka dikenali sebagai Athies dan Free Thinkers.

Pemuda tersebut tertarik dengan fesyen-fesyen rambut beberapa pemuda lelaki di bandar tersebut. Dia ingin mengikut fesyen rambut mereka. Maka diapun, masuk ke salah satu kedai gunting yang berdekatan.


Friday, 25 April 2014

Lelaki Muslim Beri Kasut, Balik Berkaki Ayam


GAMBAR seorang lelaki Muslim di Toronto, Kanada yang sanggup balik berkaki ayam selepas memberi stokin dan kasutnya kepada seorang penumpang bas menjadi viral di laman sosial dan menyentuh hati ramai pihak.

Lelaki itu bertindak demikian selepas melihat penumpang tersebut hanya menyarungkan jaring plastik bagi membalut kakinya yang tidak berkasut.

Monday, 13 May 2013

Burung Merak di Perkosa??



Polisi menangkap David Beckmann, 64, dengan tuduhan melakukan perkosaan terhadap burung merak peliharaannya. Lelaki asal Roselle, sebuah pekan di DuPage County, Illinois, Amerika Syarikat, itu kini ditahan.

......

Chicago: Seorang lelaki ditahan selepas didapati melakukan penderaan seksual ke atas seekor burung merak yang ditemui mati dalam garajnya, kata pihak berkuasa di Illinois.

Saturday, 30 July 2011

Mayat bayi dalam beg tangan

SEREMBAN 29 Julai - Entah ke mana perginya sifat kemanusiaan segelintir individu yang bertindak kejam membuang bayi tidak berdosa walaupun perbuatan seperti itu sering didedahkan oleh media.

Tetapi itulah yang masih berlaku apabila seorang penunggang motosikal menemui mayat seorang bayi lelaki dalam sebuah beg tangan wanita di Kilometer 282.4, Lebuh Raya Utara-Selatan arah Utara berhampiran susur masuk Nilai dekat sini petang ini.

Penunggang motosikal itu, Azmi Talib, 44, memberitahu, dia menemui beg tangan itu kira-kira pukul 2.30 petang ketika dalam perjalanan dari Muar, Johor menuju ke Kuala Lumpur.


Lagi tinggal bayi baru lahir

ALOR SETAR 29 Julai - Sepasang suami isteri yang ingin menjamu selera di sebuah kedai makan di Shahab Perdana di sini terkejut apabila seorang gadis meninggalkan bayi lelaki yang dipercayai baru lahir kepada mereka.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam tadi, Ahmad Zaidi Muin, dan isterinya, Marina Midon, masing-masing berusia 34 tahun didatangi seorang gadis meminta isterinya memegang sebentar seorang bayi yang berbungkus dengan tuala berwarna coklat dengan alasan untuk ke tandas.

"Ketika itu kami baru tiba dari Kuala Nerang untuk menjamu selera di kedai makan kegemaran kami dan boleh dikatakan tiap minggu kami akan ke sini.


Wednesday, 15 June 2011

Diusir keluar pesawat kerana cakap lucah

NEW YORK: Seorang penulis buku kanak-kanak diusir keluar dari pesawat kerana menggunakan perkataan lucah ketika merungut mengenai kelewatan penerbangan yang dinaikinya.


Macam mana kalau aksi lucah macam ini?
Robert Sayegh, 37, berkata syarikat penerbangan Atlantic Southeast Airlines bertindak melampau apabila memanggil polis untuk mengusir beliau keluar dari pesawat itu yang berada di lapangan terbang Detroit Metro petang Ahad lalu.