SEREMBAN 29 Julai - Entah ke mana perginya sifat kemanusiaan segelintir individu yang bertindak kejam membuang bayi tidak berdosa walaupun perbuatan seperti itu sering didedahkan oleh media.
Tetapi itulah yang masih berlaku apabila seorang penunggang motosikal menemui mayat seorang bayi lelaki dalam sebuah beg tangan wanita di Kilometer 282.4, Lebuh Raya Utara-Selatan arah Utara berhampiran susur masuk Nilai dekat sini petang ini.
Penunggang motosikal itu, Azmi Talib, 44, memberitahu, dia menemui beg tangan itu kira-kira pukul 2.30 petang ketika dalam perjalanan dari Muar, Johor menuju ke Kuala Lumpur.
Menurutnya, dia singgah di bawah jejambat berkenaan untuk berehat seketika sebelum ternampak satu beg tangan wanita berwarna hitam berhampiran lokasi kejadian.
"Ingin tahu apa yang ada di dalam beg itu, saya membuka beg tangan tersebut dan nampak satu objek yang dibalut dengan tuala berwarna putih.
"Sebaik sahaja memegang objek itu, saya dapati ia lembik dan terkejut apabila melihat kaki bayi terkeluar dari hujung tuala berkenaan sebelum menghubungi pihak polis," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah, Supritendan Mohd. Yusoff Awang berkata, bayi berkenaan dipercayai berketurunan Melayu dan baru dilahirkan kerana masih terdapat tali pusat.
"Polis turut menemui satu bungkusan plastik mengandungi uri tidak jauh dari lokasi beg tangan itu dijumpai," katanya.
Beliau berkata, kes ini disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.
Saturday, 30 July 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
-
▼
2011
(31)
-
▼
July
(7)
- Mayat bayi dalam beg tangan
- Lagi tinggal bayi baru lahir
- Kerana wanita, seorang lelaki maut ditikam
- Empat Lelaki Bermalam Bersama Mayat Rakan Serumah
- Polis Malaysia nak kalahkan filem KL Gangster!!!
- Majlis Fatwa kebangsaan: BERSIH 2.0 tidak lagi HARAM?
- Kah kah kah nak pecah perut lihat muka Najib di TV...
-
▼
July
(7)
No comments:
Post a Comment