Showing posts with label Dunia Islam. Show all posts
Showing posts with label Dunia Islam. Show all posts
Sunday, 18 May 2014
Kreativiti untuk bersedekah di Arab Saudi
JEDDAH 17 Mei - Seorang lelaki di Arab Saudi memperkenalkan cara baharu untuk orang ramai bersedekah apabila menempatkan sebuah peti sejuk khas untuk golongan yang kurang bernasib baik di sebuah jalan raya di bandar Hail.
Thursday, 8 May 2014
Ahli tinju yang pernah kalahkan Tyson ini Masuk Islam ketika dengar Azan
Mungkin tidak ramai yang mengenali Danny Williams di atas arena tinju. Namun, lelaki kelahiran Kota London tanggal 13 Julai 1973 ini pernah mengalahkan Mike Tyson pada 31 Julai 2004. Ketika itu, Williams yang tidak diunggulkan memukul KO Mike Tyson, sang legenda tinju dunia pada pusingan keempat.
Padahal, dalam pertandingan yang diadakan di Freedom Hall State Fairground, Louisville, Kentucky, Williams tidak diunggulkan. Sementara itu, ramai pihak yang mengunggulkan si 'Leher Pejal'. Namun, kenyataan yang terjadi sebaliknya. Tyson, yang sempat mendominasi pembukaan dua pusingan dalam pertandingan comeback-nya ke dunia tinju, secara mengejut berjaya dikalahkan di pusingan ke-4.
Monday, 20 August 2012
Fakta besar tentang Ka'bah yang cuba disembunyikan dunia

Ternyata Bukan GMT Bukan Di Greenwich, Tapi Di Kaabah (Bukti Fakta Ilmiah)
Kaabah, rumah Allah sejuta umat muslim merindukan berkunjung dan menjadi tetamu - tetamu Allah sang maha pencipta. Kiblatnya (arah) umat muslim dalam melaksanakan solat, dari mana-mana negara semua ibadah solat menghadap ke kiblat ini.
Istilah Ka'bah adalah bahasa al quran dari kata "ka'bu" yg bererti "mata kaki" atau tempat kaki berputar bergerak untuk melangkah. Ayat 5/6 dalam Al-quran menjelaskan istilah itu dg "Ka'bain" yg bererti 'dua mata kaki' dan ayat 5/95-96 mengandungi istilah 'ka'bah' yang ertinya nyata "mata bumi" atau "sumbu bumi" atau kutub pusingan utara bumi.
Monday, 23 July 2012
Penyampai berita Mesir berpakaian niqab
Kaherah: Mesir melancarkan satu saluran berita satelit terbaru yang hanya menampilkan penyampai berita wanita menutup seluruh anggota badan menggunakan niqab.Pelancarannya mewakili revolusi budaya negara itu yang lebih mementingkan nilai Islam selepas kebangkitan Arab atau ‘Arab Spring’. Semua kakitangan Maria TV yang memulakan siaran pertama mereka Jumaat lalu, menyampaikan berita dengan mengenakan purdah berwarna hitam dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.
Malah, pekerja lelaki juga dilarang terbabit dalam siaran berita itu walaupun hanya membuat panggilan telefon.
Tuesday, 14 June 2011
Seorang ibu diarak tanpa pakaian di sebuah kampung di Pakistan
Islam itu 'alami' tapi kadang kala Islam dipandang begitu sempit. Ini adalah antara umat Islam yang tak memahami Islam secara syumul.ISLAMABAD: Seorang ibu terpaksa diarak secara berbogel di keliling sebuah kampung selepas anak lelakinya dituduh meniduri seorang jiran wanita yang kemudiannya mengandung, kata polis hari ini.
Pakistan adalah sebuah negara Islam konservatif, di mana wanita terutama di kawasan miskin dan pedalaman, menikmati hak dan perlindungan terhad daripada polis dan sering dilayan sebagai beban oleh saudara mara mereka.
Subscribe to:
Posts (Atom)

