Tuesday, 5 July 2011
Majlis Fatwa kebangsaan: BERSIH 2.0 tidak lagi HARAM?
Sebelum ini Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zabidi Wan Teh berkata menyertai perarakan menentang pemerintah adalah sebaris dengan dosa-dosa besar yang boleh menjejaskan iman.
Mufti ini merujuk kepada beberapa hadis, beliau menerangkan bahawa dosa akibat menderhaka kepada pemerintah diletakkan sebaris dengan syirik, membunuh, makan harta anak yatim, riba dan menderhaka kepada ibu bapa.
Utusan Malaysia menyiarkan kenyataan ini sebagai tajuk besar!!
Tapi hari ini yang paling berkuasa dalam bab Agama di negara ini YDPetuan Agong Sultan Mizan telah membenarkan BERSIH, malah baginda berjumpa dengan wakil BERSIH.
Najib pula telah menjilat ludahnya sendiri dah bersedia nak jumpa dengan wakil BERSIH dan bincang stadium mana boleh berhimpunan.
HARAM HARAM sekarang mana HARAMnya??
Nak letak mana muka Datuk Wan Zabidi Wan Teh mufti pengampu dan penjilat buntut kerajaan ini????
Labels:
Politik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
-
▼
2011
(31)
-
▼
July
(7)
- Mayat bayi dalam beg tangan
- Lagi tinggal bayi baru lahir
- Kerana wanita, seorang lelaki maut ditikam
- Empat Lelaki Bermalam Bersama Mayat Rakan Serumah
- Polis Malaysia nak kalahkan filem KL Gangster!!!
- Majlis Fatwa kebangsaan: BERSIH 2.0 tidak lagi HARAM?
- Kah kah kah nak pecah perut lihat muka Najib di TV...
-
▼
July
(7)
Assalamualaikum
ReplyDelete1. Mohon maaf saya respect mufti wilayah di segi Ilmu kerana pengajian Islam saya hanya sekadar minor di UIA.
2. Namun nampaknye dari segi amanah terhadap Ilmu iaitu menegakkan yang haq dan melawan kebatilan saya kira mufti wilayah telah tewas kepada nafsu ...
3. Mufti hanya menerangkan siap dengan dalil tentang penentangan terhadap pemerintah adalah sebaris dosa besar ... tetapi persoalan kenapa rakyat bangun menentang tidak dibincangkan. Sebagai bekas ahli akademik dia pun tahu skop ulasannya berat sebelah ... dia perlu menghayati apa yang telah dilakukan oleh YDPAgong. Tuanku ada prinsip-timbang taranya sangat luas tidak seperti kerajaan yang menutup pintu perundingan. Mesti adil dan mesti saksama.
4. Bagi saya hujahnye dangkal sangat, ada banyak nas dan dalil yang menyentuh tentang kepimpinan dan pemerintah. Tuan mufti berhujah tentang ketaatan kepada pemrintah ... hujahnye tak habis ... kebannyakan dalil bermula dengan Taat lah kepada Allah ... jadi di sini saya ingin menyatakan pemerintaha tidak taat kepada Allah ... buktinye mengizinkan fitnah berleluasa dalam negara (video trio T-selepas 3 bulan baru nak dakwa dengan pelbagai alasan yang dicipta untuk menjustifikasi kelewatan siasatan dan yang bersalah dilayan macam VIP), menghalalkan yang haram (politik wang adalah rasuah-sila lihat kenyataan Prof Diraja Ungku Aziz satu ketika dulu), proses pemilihan dalam parti kerajaan yang diragui(mengizinkan adu domba, fitnah, wang dan sebagainya dengan alasan adat pertandingan dan selepas pemilihan yang renggang akan bertaut kembali-hujah dangkal tanyalah di bahagian-bahagian apa dah jadi dengan hubungan silaturrahim dalam kalangan ahli-penuh dengan curiga mencurigai).
5. Yang saya coretkan ini hanya sekelumit daripada rentetan peristiwa yang berlaku di depan mata.
6. Jadi tidak menjadi kesalahan kepada rakyat untuk menyuarakan keresahan kegelisahan mereka dan anggaplah ini sebagai peringatan. Tidak semua yg kerajaan putuskan itu baik untuk rakyat. Justru itu titah tuanku kepada kerajaan dalam titah khasnya jagalah amanah yang rakyat berikan sebaiknye jangan buat naya.
7. Bagi mufti renung-renunglah kisah para ulama Islam yang saya kira sudah ada dalam memori tuan. Kesanggupan mereka dipenjara demi mempertahankan yang haq walaupun diancam oleh pemerintahan yang zalim (byk interpretasinya-zalim bukan dalam tindakan berbentuk fizikal je malahan dalam btk lain juga turunkan pangkat, tukar kan tempat kerja.