Seringkali kita diingatkan agar tidak melepaskan anak tanpa pengawasan dengan sewenang-wenangnya terutama apabila kita berada di kompleks membeli belah. Ini kerana, sudah banyak kes culik yang melibatkan kanak-kanak terjadi di dalam mahupun di luar negara.
Akan tetapi, masyarakat kita seperti tidak peduli dengan semua itu. Masih juga sesetengah ibu bapa yang membiarkan anak mereka ke sana sini tanpa hiraukan keselamatan mereka. Apakah masyarakat kita bakal mencontohi masyarakat China yang terkenal dengan sikap tidak peduli dengan kejadian jenayah di sekeliling mereka?
Baca kisah benar di bawah agar menjadi pengajaran kepada golongan ibu bapa yang suka mengabaikan anak-anak mereka:
Seorang kanak-kanak berusia dua tahun, hilang ketika melawat Mexico dengan keluarganya. Namun, setelah 45 minit kemudian, ibunya mendapati seorang lelaki membawa seorang kanak-kanak yang seiras dengan wajah anaknya di sempadan.
Menyedari dirinya diperhatikan oleh ibu kanak-kanak terbabit, lelaki berkenaan terus melarikan diri dan meninggalkan kanak-kanak malang itu.
Apa yang menyedihkan, setelah diperiksa rupanya kanak-kanak itu telah mati dan hampir kesemua organ dalamannya dibuang dan digantikan dengan sejumlah dadah jenis kokain.
Walaupun kejadian ini berlaku di luar negara, kita yang telah membaca berita seperti ini seharusnya lebih berhati-hati agar perkara ini tidak berlaku pada kita.
Sebarkanlah video ini agar semua orang tahu bagaimana manusia bertuhankan dadah ini sanggup membunuh anak kecil ini demi meraih keuntungan dari hasil menjual dadah. -mmh
Sumber : Link
Ya Allah kejamnya pengedar dadah tu, betapa siksanya kanak-kanak tu diperlakukan sebegitu.
ReplyDeleteorang macam ni ,pihak polis mesti tangkap dengan cepat untuk mengambil tindakkan ,kurang hajar punya manusia busted really
ReplyDelete