Monday, 21 April 2014

Lelaki 'bertanduk' di leher

BEIJING: Seorang lelaki di wilayah Hubei begitu terdesak untuk mengetahui punca ‘tanduk’ yang tumbuh di lehernya sejak 30 tahun lalu. 

Lelaki berusia 62 tahun itu, Li Zhibing dari Shiyan berkata, dia terpaksa menggergaji tanduk berkenaan dua kali setahun bagi mengelaknya panjang. 

Menurutnya, lehernya akan bengkak dan dia demam jika tanduk itu panjang. 

Li juga berkata, tanduk itu merimaskannya kerana mengganggunya setiap kali hendak membasuh rambut atau menyarungkan baju. 

Katanya, tanduk itu semakin membesar sejak 1980. Dia cuba mengawalnya dengan menyapu atau memakan herba tetapi ia tetap memanjang sehingga 15 sentimeter di belakang lehernya.
 

..x0x..


No comments:

Post a Comment