Kaherah: Mesir melancarkan satu saluran berita satelit terbaru yang hanya menampilkan penyampai berita wanita menutup seluruh anggota badan menggunakan niqab.Pelancarannya mewakili revolusi budaya negara itu yang lebih mementingkan nilai Islam selepas kebangkitan Arab atau ‘Arab Spring’. Semua kakitangan Maria TV yang memulakan siaran pertama mereka Jumaat lalu, menyampaikan berita dengan mengenakan purdah berwarna hitam dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.
Malah, pekerja lelaki juga dilarang terbabit dalam siaran berita itu walaupun hanya membuat panggilan telefon.