Wednesday, 21 May 2014

Wanita Malaysia seludup syabu pada seluar dalam ditahan di Surabaya


JAKARTA - Cubaan seorang wanita rakyat Malaysia untuk menyeludup syabu dengan menyembunyikan dadah itu pada seluar dalamnya gagal apabila ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, Surabaya pada 12 Mei lepas.


Wanita berusia 29 tahun itu, yang menaiki pesawat Cathay Pacific dari Hong Kong ke Surabaya ditahan Pegawai Kastam dan Eksais sejurus tiba di lapangan terbang tersebut pada 10.45 malam.

Jurucakap Kastam dan Eksais Juanda, Iwan Heriawan berkata, dadah seberat 720 gram itu ditemui dalam dua bungkus plastik yang dijahit menyerupai tuala wanita dan dilekatkan pada seluar dalam suspek.

"Pengawasan ketat terhadap wanita itu dilakukan selepas kami mengesyaki sesuatu lalu pegawai keselamatan melakukan pemeriksaan terhadap semua barang yang dibawanya termasuk seluar dalam yang dipakainya," kata Iwan pada hari ini.

Beliau berkata, dalam siasatan itu, suspek memberitahu dia diminta membawa
dadah itu untuk diserahkan kepada seseorang di Jakarta. - Bernama

1 comment:

  1. Kenapa la buat kerja macam x ada akal ikut hati nkduit lebih aje

    ReplyDelete

Blog Archive