Monday, 12 December 2011

Lelaki sembunyi 2 kilogram kokain dalam perut

SAO PAULO 11 Dis. - Seorang lelaki Britain ditahan kerana cuba menyeludup keluar kokain seberat dua kilogram yang disembunyikan di dalam perutnya dari Brazil.
Lelaki berusia 44 tahun itu ditahan di lapangan terbang Congonhas di Sao Paulo ketika dia cuba melakukan penerbangan ke Senegal.

Gambar x-ray terhadap lelaki itu menunjukkan 89 kapsul kokain dengan setiap satunya mempunyai berat 28 gram berada di dalam perut dan usus kecilnya.

Dia yang namanya tidak didedahkan ditahan ketika melakukan daftar masuk selepas polis mendapati maklumat pasportnya bercanggah.

Ketua polis Jose Alonso berkata, lelaki itu memegang pasport Britain dan Nigeria, tetapi maklumat daripada kedua-dua pasport itu tidak sama.

Dadah di dalam perut dan usus kecilnya dikeluarkan di hospital beberapa jam selepas itu.
Menurut polis, kesemua kokain itu bernilai 286,000 pound (RM1.4 juta) dan untuk dipasarkan di Eropah. - AGENSI

No comments:

Post a Comment