Monday 22 August 2016

Lelaki Telan 40 Bilah Pisau Kerana Suka Dengan Rasanya



Mengejutkan….seorang lelaki, Jarnail Singh, 42 tahun, terpaksa dibedah selepas dia menelan pisau disebabkan `tertarik’ dan `suka’ dengan rasa pisau berkenaan.

Dia bukannya menelan sebilah pisau, atau dua, sebaliknya 40 bilah pisau. Susulan itu pembedahan terpaksa dilakukan segera dalam kes yang mengejutkan doktor di India ini.

Pada mulanya dia dimasukkan ke hospital kerana mengadu sakit perut dan badannya menjadi lemah. Selepas pemeriksaan dijalankan, doktor terkejut melihat pisau dalam perutnya.

Lelaki itu memaklumkan dia tidak dapat mengawal dirinya daripada memakan pisau-pisau terbabit.

Menurut salah seorang daripada lima pakar bedah yang membedahnya, Dr Jitinder Malhotra, pembedahan itu dianggapnya sebagai paling berisiko tinggi sepanjang 20 tahun menjadi doktor.

“Pesakit itu telah menelan pisau-pisau terbabit sejak dua bulan lalu,’’ katanya.

Pembedahan berkenaan dijalankan selama lima jam dengan pendarahan yang banyak berlaku sepanjang prosedur terbabit.

Semua pisau-pisau terbabit berjaya dikeluarkan dan Jarnail boleh dibenarkan keluar hospital dalam masa beberapa hari lagi.



..x0x..

No comments:

Post a Comment